Petua Komputer
Tiba-tiba terlintas dikepalaku untuk membuat page ini kerana terdapat beberapa orang kawanku yang meminta pertolongan dalam menghadapi masalah membuat maintenance pada komputer sendiri. Di sini, aku sediakan beberapa langkah untuk membuatkan komputer anda sentiasa stabil disertakan dengan gambar. Semoga berjaya hendaknya. Sebarang pertanyaan, sila emailkan kepadaku. Insyaallah, jawapan akan menyusul kemudiannya.
1. Cara menformat komputer anda
Langkah-langkah menformat komputer anda. Persediaan 1. Sediakan Startup Disk. 2. Sediakan Cd Windows. Windows 98, Windows 98se, dan Windows Me telah ada dipasaran. 3. Installer, Microsoft Office, dan Cd Driver yang telah diberikan semasa pembelian komputer. Startup Disk 1.
Membuat "Start Up Disk" Pertama sekali, kita perlu mengetahui cara untuk membuat "Start Up Disk". Untuk membuat "Start Up Disk", saya menggunakan Windows Me kerana ianya tidak memerlukan Cd Windows. Jika anda menggunakan Windows 98 atau Windows 98se, anda perlu memasukkan Cd Windows seperti yang diminta oleh Windows nanti. 1. Klik pada Start Menu pada Dekstop 2. Klik pada Setting --> Control Panel - folder Control Panel akan keluar 3. Klik pada icon Add/Remove Programs - rujuk gambar di atas 4. Pilih Startup Disk 5. Klik butang Create Disk - rujuk gambar di atas Perhatian !! : Pastikan disket itu masih baru. Untuk mengelakkan sebarang masalah apabila anda memasuki DOS (paparan hitam putih yang hanya mempunyai command dos) Jika anda rajin, lakukan arahan dibawah atau abaikan saja. Ianya boleh dilakukan dengan paparkan terus melalui folder jika anda masih belum RESTART komputer anda ataupun dengan memasuki DOS (perlu RESTART komputer). Arahan dibawah adalah sesuai untuk digunakan dalam DOS. Setelah anda memperolehi
"Start Up Disk" anda perlu memeriksa kandungan fail di dalam
disket tersebut. Caranya ialah dengan menaip arahan dir a: Antara lain,
disket anda perlu mengandungi fail-fail berikut:
Teruskan dengan langkah yang seterusnya.. Setelah memastikan disket tersebut mengandungi fail-fail diatas, seterusnya anda perlu "restart" komputer anda. ataupun menekan butang "reset" sekiranya anda telahpun keluar dari Windows dan berada pada Dos Prompt. Anda juga boleh menggunakan Shortcut Key pada Keyboard jika anda mahu. Hanya tekan Ctrl+Alt+Delete serentak sebanyak 2 kali. Shortcut Key ini boleh digunakan semasa berada dalam Windows ataupun Dos. Percayalah, ianya lebih mudah. BIOS Setup Semasa komputer anda sedang dihidupkan kembali, tekan
butang "Delete" ataupun "Del" pada papan kekunci anda.
Tujuan anda berbuat demikian adalah untuk memasuki BIOS Setup kerana
terdapat beberapa perkara yang perlu anda lakukan. Setiap komputer tidak semestinya mempunyai jenis BIOS yang
sama. Apa yang saya terangkan adalah asas sahaja, anda perlu mengubah
mengikut kesesuaian komputer anda. Sila pergi kepada "Advance BIOS setup". Pastikan
pilihan "Boot sequance" disetkan supaya dimulai dengan
"A". Contohnya . Tujuannya ialah supaya komputer akan dimulakan
dengan mencari Sistem Operasi daripada disket kemudian barulah dari Cakera
keras. Kebiasaannya, komputer akan dimulakan dengan cakera keras.
Terdapat juga komputer yang disetkan seperti diatas. Namun, ia bukanlah
satu langkah yang baik. Ini kerana, komputer anda akan mencari Sistem
Operasi daripada disket, sekiranya tidak ditemui, ia akan meneruskan
pencarian ke dalam cakera keras. Sekiranya terdapat disket yang dijangkiti virus di dalam
disket tersebut. Virus yang ada akan berpindah ke dalam ingatan komputer
seterusnya berjangkit ke dalam cakera keras. Satu perkara lagi, sekiranya
disket tersebut tidak mengandungi Sistem Operasi, anda akan menerima mesej
seperti berikut: "None System or disk error. Replace and press
enter to continue" Ini bermakna fail sistem
tidak terdapat di dalam disket tersebut. Fail sistem yang dimaksudkan
adalah fail-fail berikut:
Sila pilih pada pilihan "save setting and exit" atau mana-mana pilihan lain yang mempunyai maksud yang sama iaitu anda ingin keluar dan menyimpan setting yang anda telah lakukan. p/s : Cara untuk Setup BIOS secara bergambar akan diuploadkan kemudian. Arahan
Format Masukkan "Start Up
Disk" kedalam pemacu A. Biarkan komputer anda hidup kembali sehingga
anda dapat lihat tanda A prompt " A:\> ". Setelah berjaya mendapatkan A prompt, anda perlu menaip arahan berikut untuk memformat cakera keras anda. "format c: ", Sekiranya cakera keras anda adalah C. Jika cakera keras anda adalah D. Maka anda perlu menaip "format d: ". Seterusnya anda akan
diberikan sekali lagi mesej untuk memastikan bahawa anda benar-benar ingin
memformat cakera keras anda. Tekan "y" untuk teruskan. Setelah proses format selesai. keluarkan "Start Up Disk" dari pemacu A. Hidupkan semula komputer anda. Apabila komputer anda telah dihidupkan, apa yang terkandung di dalam cakera keras anda hanyalah satu fail sahaja yang dapat anda lihat iaitu fail command.com. Pastikan
anda install windows selepas anda format komputer anda kerana anda akan
menghadapi masalah kerana apabila RESTART, komputer anda hanya mempunyai
MS-DOS. Melainkan anda telah tahu menggunakan DOS Command. Selamat mencuba !!! |
2. Cara membuat partition
3. Install Windows
4. Maintenance Pc
Menggunakan
Maintenance Wizard Langkah-langkah
untuk menggunakannya.
-
untuk membuka aplikasi tersebut.
Ubah
Setting mengikut kehendak anda
Nasihat
: Untuk membuatkan komputer anda bebas daripada masalah loading lambat,
komputer hang, not responding, dan lain-lain lagi. Cuba lakukan
maintenance sekurang-kurangnya sebulan sekali. (my pc selalunya seminggu
sekali diservice). Masih
ada aplikasi lain yang boleh digunakan untuk masalah maintenance ini
seperti Norton Utilities, System Mechanic, dan lain-lain lagi mengikut
kebolehan pengguna dalam menggunakannya. Ianya mempunyai proses yang
hampir sama dengan Maintenance Wizard yang telah disediakan dalam
windows. Selamat Mencuba Dan Semoga Berjaya !! |